Wednesday, February 28, 2007

Menjana Pendapatan Daripada Hutang!

Menjana Pendapatan daripada Hutang! - Harap jgn salah faham, bukan matlamat program ini menambah hutang utk menjana pendapatan tetapi yg sebenarnya sekiranya anda menghadapi masalah kewangan yg rumit maka satu platform perlu dibentuk untuk menstabilkan semula cash flow kewangan anda.

Cara paling mudah dan cepat utk membentuk platform adalah meminjam. Walaubagaimanapun sekiranya anda tidak menghadapi masalah kewangan dan ingin mengikuti program ini, wang simpanan anda akan digandakan.

Alhamdulillah, sya gembira hari ini kerana seorang dpd peserta pada program yg pertama memberi maklumbalas yg menggalakkan selepas berjumpa dgn En Aziz baru-baru ini. Apa tidaknya peserta ini yg bergaji lebih kurang RM1350 sebulan boleh menyimpan RM1000. Peserta ini tidak menghadapi masalh kewangan dan mempunyai simpanan yg banyak walaupun dgn gaji yg kecil.

Dgn simpanan yg banyak, peserta ini tidak perlu membuat PL utk membentuk platform. Apa yg diminta utk dilakukan telah dimulakan antaranya menghentikan loan ASB. Kini sedang proses membeli sijil dan memohon OD. Matlamat program ini bukan utk menambah hutang, tetapi sekiranya perlu membuat hutang yg baru maka anda pasti akan menjana pendapatan dpd hutang tersebut..

Utk makluman semua pakej OD RHB ialah BLR + 0.25% (7%) dan pakej ini akan ditawarkan sehingga 31 Mac 2007. Rate selepas itu akan diumumkan kemudian.

Sunday, February 11, 2007

Bengkel Revolusi Kewangan - 11 Feb. 2007

Alhamdulillah bengkel pertama di Shah Alam telah mendapat sambutan yang amat hebat. Hampir 90 orang telah hadir pada sesi ini. Banyak yang telah dikongsikan oleh En Aziz teknik-teknik kreatif serta idea sepanjang program tersebut.

Dalam pada itu, peserta juga telah dapat mendengar beberapa testimonial daripada En Din, Puan Mona & En Zamri.

Testimonial En Din.
Dengan pendapatan yang RM1 ribu lebih En Din mampu memiliki apa yg diiginkan in life. En Din anatar yang terawal mengikuti program ini. Kini dalam proses membeli rumah idaman semi D di Ampang..

Testimonial Pn Mona
Puan Mona menghadapi masalah hutang yg begitu besar. Hutang kad kredit beliau dan suami berjumlah RM50k. Selepas berjumpa En Aziz beberapa hutang kad kredit berjaya dilangsaikan.

Testimonial Zamri
Zamri telah berjaya memilik kereta idamannya BMW.. Kisah lanjut ada sy postkan di blog ini terdahulu.


Kelihatan peserta bengkel begitu bersemangat untuk meneruskan langkah kearah kebebasan kewangan masing-masing. Semoga anda semua berjaya menyelesaikan masalah anda dan mencapai matlamat kewangan masing-masing.

Pesanan daripada saya & isteri; kuatkan semangat, teruskan langkah anda jangan berhenti di sini..

Semua borang PFF boleh dikemukakan kepada saya di mn.faisal@gmail.com.

Akhir sekali, TERIMA KASIH kepada semua yang telah memberikan sokongan yang hebat. Oleh kerana sambutan yang amat hebat, maka En Aziz telah bersetuju untuk mengadakan satu lagi bengkel di Shah Alam pada bulan Mac iaitu pada hari Ahad, 25 MAC 2007.

Berminat & ingin tahu lebih lanjut boleh call/sms/email saya..

Ikhlas,

FaisalMN