Tuesday, March 27, 2007

Laporan Bengkel No. 2 di Shah Alam

Salam Sejahtera,

Alhamdulillah bengkel yang kedua di Shah Alam telah berjalan dengan lancar. Sambutan yang diterima juga amat hebat, seramai 100 orang telah hadir. Ramai yang berpuas hati dengan ilmu yang telah diperolehi. Sememangnya itu matlamat utama bengkel ini diadakan, iaitu berkongsi maklumat dan pengalaman berkenaan dengan pengurusan kewangan.

Sekiranya sebelum ini anda merasakan situasi kewangan anda bermasalah dan anda buntu dengan cara penyelesaiannya, diharapkan dengan lorongan ini anda mampu tersenyum. Jalan keluar untuk masalah ini sudah mula menampakkan cahayanya. Yang paling penting usaha perlu diteruskan, bengkel hanyalah satu langkah pertama yang kecil. Namun percayalah, langkah kecil ini mampu mengubah segalanya. Tanpa melangkah anda tidak akan kemana!

Kepada yang masih ragu tentang bengkel ini, berilah peluang pada diri anda. Carilah masa, luanglah sedikit wang ringgit untuk hadir pada program yang akan datang. Saya yakin anda pasti puas dengan apa yang dengar dan belajar daripada bengkel ini. Sepertimana yang En Aziz sendiri tegaskan; GUARANTEE anda mampu menyimpan selepas mengikut program ini. Untuk mengikuti perbincangan peserta boleh join revolusikewanganyahoogroups di bahagian link.

Akhir kata, semoga peserta bengkel akan teruskan usaha, kuatkan semangat..

Jumpa lagi di Bengkel akan datang!

Ikhlas,
FaisalMN
0192603033

Saturday, March 24, 2007

Jumpa di sana!!!

Salam Sejahtera,

Terima kasih saya ucapkan kepada semua peserta yg telah mendaftar. Diharapkan anda semua mendapat manfaat daripada bengkel ini nanti, insyallah.

Kepada yang belum mendaftar, peluang untuk anda masih dibuka.. Anda boleh hadir terus ke Dewan Kuliah 1, UNISEL Seksyen 7, Shah Alam. Pendaftaran boleh dilakukan pada hari program. Sila rujuk Aturcara program pada posting terdahulu.

Untuk makluman semua, UNISEL turut mengadakan OPEN DAY pada 24 & 25 Mac 2007. Oleh itu, akan terdapat sedikit kesukaran untuk mendapatkan tempat letak kereta di dalam kawasan UNISEL. Namun demikian terdapat banyak tempat letak kereta di kawasan berhampiran.

Sedikit panduan utk ke Dewan Kuliah 1:
1. Masuk ke main lobby UNISEL - Main lobby berada di selekoh, ada parking VIP di hadapan main lobby
2. Di main lobby, masuk melalui pintu putih untuk ke lif
3. Naik ke tingkat 2 - Dewan Kuliah 1 adalah di tingkat 2

Jumpa disana!!!

Panduan ke UNISEL Shah Alam



UNISEL KAMPUS SHAH ALAM
Jln Zirkon A7/A, Seksyen 7
40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Program Bengkel Pengurusan Kewangan - Revolusi Kewangan

Terima kasih kepada semua yang telah mendaftar. Berikut adalah aturcara program.

2.00 - 2.30 Pendaftaran
2.30 - 3.00 Pengenalan
3.00 - 4.30 Sesi 1 oleh En Aziz Ibrahim
4.30 - 5.00 Break utk Minum Petang & Solat Asar
5.00 - 6.00 Sesi 2 oleh En Aziz Ibrahim
6.00 - 6.30 Soal Jawab & Bersurai


Sila hubungi Faisal 0192603033 utk sebarang pertanyaan.
Nota: UNISEL turut mengadakan Hari Terbuka UNISEL pada 25 Mac 2007 oleh itu masalah parking mungkin akan dihadapi oleh peserta. Harap peserta dapat memahami perkara ini.

Terima kasih.

Sunday, March 18, 2007

Menyimpan vs Berbelanja

Menyimpan vs Berbelanja - Petikan buku LEBUHRAYA BARU KEBEBASAN KEWANGAN oleh Aziz Ibrahim

Pendapat lama menyatakan manakan mungkin kita menyimpan dan berbelanja pada waktu yang sama. Namun demikian, Aziz Ibrahim katakan ini Boleh! Malah lebih menguntungkan lagi. Dengan meletakkan wang kita dalam unit amanah yang tertentu, kita akan memperoleh dividen lapan peratus sedangkan setelah dicagarkan faedah ke atas kemudahan overdraf hanyalah 7 peratus (tawaran semasa), dengan perkataan lain kita masih lagi untung 1 peratus. Jika kita pandai menggunakan kad kredit, kos penggunaan perbelanjaan kita sebenarnya ditanggung oleh pihak bank!

Pelajari teknik ini - Bengkel akan diadakan pada 25 Mac 2007, Daftar segera!!!

Thursday, March 15, 2007

JEMPUTAN UNTUK ANDA!!!

Salam Sejahtera,

Anda mungkin pernah menerima jemputan ini tetapi tidak mengapa, mungkin dulu anda masih belum tergerak untuk mengikuti bengkel ini. Namun kini, peluang untuk anda datang lagi.

Saya ingin menjemput anda ke BENGKEL PENGURUSAN KEWANGAN – REVOLUSI KEWANGAN. Nanti dulu, ini bukan bengkel pengurusan kewangan biasa, ini luar biasa.

Kenapa saya kata begitu? Teknik revolusi kewangan membolehkan anda berbelanja tapi wang anda tidak terjejas, menyelesaikan hutang lebih cepat dengan cara yg lebih bijak, menyimpan lebih daripada 40% pendapatan bulanan anda, memilik kereta mewah dan juga memiliki rumah mewah. Betul dengan teknik ini bank akan membayar semua ini, wang anda akan disimpan dan digandakan.. Anda tidak perlu menjual, NO downline..

Minta maaf, ini bukan insurans atau MLM.. Revolusi kewangan tiada produk, ia adalah proses pembelajaran teknik kreatif pengurusan kewangan dengan menggunakan pakej kewangan terbaik di pasaran.

Teknik ini TIADA risiko, tidak sama dengan Swisscash, ABFund dan macam2 lagi jenis pelaburan.

Jangan risau, .. tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja, semua orang boleh melakukannya.. SAYA DAH MELALUINYA... Boleh email/call/sms untuk pertanyaan.

Berminat untuk menyertai bengkel? Bengkel akan diadakan pada hari Ahad, 25 Mac 2007 pada jam 2 - 6.30 ptg bertempat di UNISEL, Seksyen 7, Shah Alam. Sila rujuk cara pendaftaran, untuk mendaftar.

Cepat jangan lambat, tempat terhad!!!

Ikhlas,
Faisal & Aniz
019 260 3033
mn.faisal@gmail.com
Associates
Aziz Ibrahim CFP

Saturday, March 3, 2007

BENGKEL REVOLUSI KEWANGAN KEMBALI!!!

Ingin tidur yg lena? Kehidupan yang sejahtera? Tanpa dibelenggu hutang yang menyesakkan dada…

Usah berlengah lagi.. Beri ruang, beri peluang! Anda mampu mengubah impian anda menjadi realiti.. Kami telah melaluinya, anda bila lagi???


Maklumat Bengkel

Yuran Penyertaan sebanyak RM80 seorang sahaja

Tarikh : 25 Mac 2007 (Ahad)
Masa : 2.30 – 6.30 petang
Tempat : Dewan Kuliah 1, UNISEL Seksyen 7 Shah Alam,
Selangor


Apa Revolusi Kewangan
Pelajari teknik pengurusan kewangan kreatif, pragmatik dan unggul bagi menangani permasalah ekonomi anda. Antara yg akan dibincangkan:
Menjana Pendapatan dari hutang tanpa risiko.
Melunaskan Hutang secara bijak Tanpa Risiko.
Memiliki Wang Simpanan tanpa perlu menyimpan
Memiliki rumah secara percuma tanpa perlu berhutang.
Memiliki Kereta secara percuma tanpa perlu berhutang.
Memiliki hampir semua yang anda impikan secara percuma tanpa perlu berhutang.

“Kita bayar hutang bank dengan duit bank tanpa menggunakan duit simpanan kita, malahan wang simpanan akan berganda…” - Aziz Ibrahim CFP

Siapa Patut Hadir
Mereka yang inginkan kebebasan kewangan (bebas dari hutang)
Mereka yang berhutang dan tidak tahu cara terbaik bayar hutang
Mereka yang bakal mendirikan rumahtangga & menghadapi masalah budget utk melangsungkan perkahwinan
Mereka yang suka berbelanja tanpa menjejaskan simpanan
Mereka yang ingin menggandakan simpanan
Mereka yg dikenakan CCRIS atau CTOS
Mereka yang ingin hidup senang (tanpa perlu berniaga)
Mereka yg mempunyai wawasan dan ingin mengetahui teknik pengurusan kewangan yg efektif dan kreatif

“Dalam pinjaman kewangan, pokok mesti dibayar, tapi interest itu boleh dikurangkan”- Aziz Ibrahim CFP