Tuesday, March 27, 2007

Laporan Bengkel No. 2 di Shah Alam

Salam Sejahtera,

Alhamdulillah bengkel yang kedua di Shah Alam telah berjalan dengan lancar. Sambutan yang diterima juga amat hebat, seramai 100 orang telah hadir. Ramai yang berpuas hati dengan ilmu yang telah diperolehi. Sememangnya itu matlamat utama bengkel ini diadakan, iaitu berkongsi maklumat dan pengalaman berkenaan dengan pengurusan kewangan.

Sekiranya sebelum ini anda merasakan situasi kewangan anda bermasalah dan anda buntu dengan cara penyelesaiannya, diharapkan dengan lorongan ini anda mampu tersenyum. Jalan keluar untuk masalah ini sudah mula menampakkan cahayanya. Yang paling penting usaha perlu diteruskan, bengkel hanyalah satu langkah pertama yang kecil. Namun percayalah, langkah kecil ini mampu mengubah segalanya. Tanpa melangkah anda tidak akan kemana!

Kepada yang masih ragu tentang bengkel ini, berilah peluang pada diri anda. Carilah masa, luanglah sedikit wang ringgit untuk hadir pada program yang akan datang. Saya yakin anda pasti puas dengan apa yang dengar dan belajar daripada bengkel ini. Sepertimana yang En Aziz sendiri tegaskan; GUARANTEE anda mampu menyimpan selepas mengikut program ini. Untuk mengikuti perbincangan peserta boleh join revolusikewanganyahoogroups di bahagian link.

Akhir kata, semoga peserta bengkel akan teruskan usaha, kuatkan semangat..

Jumpa lagi di Bengkel akan datang!

Ikhlas,
FaisalMN
0192603033

No comments: