Wednesday, April 25, 2007

Panduan ke UNISEL



UNISEL KAMPUS SHAH ALAM
Jln Zirkon A7/A, Seksyen 7
40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

JUMPA DI UNISEL!

Salam Sejahtera,

Terima kasih saya ucapkan kepada semua peserta yg telah mendaftar. Diharapkan anda akan mendapat manfaat daripada bengkel ini nanti, insyallah.

Kepada yang belum mendaftar, peluang untuk anda masih dibuka.. Anda boleh hadir terus ke Dewan Kuliah 1, UNISEL Seksyen 7, Shah Alam. Pendaftaran boleh dilakukan pada hari program. Aturcara program ada seperti berikut

2.00 Pendaftaran
2.45 Pengenalan
3.00 Sesi 1 oleh En Aziz CFP
5.00 Minum Petang & Solat Asar
5.30 Sesi 2 oleh EN Aziz CFP
6.30 Q & A
7.00 Selesai

Sedikit panduan utk ke Dewan Kuliah 1:
1. Masuk ke main lobby UNISEL - Main lobby berada di selekoh, ada parking VIP di hadapan main lobby
2. Di main lobby, masuk melalui pintu putih untuk ke lif
3. Naik ke tingkat 2 - Dewan Kuliah 1 adalah di tingkat 2

Jumpa disana!!!

Sunday, April 22, 2007

JEMPUTAN UNTUK ANDA!

Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu, maaf saya pinta sekiranya email ini hadir tanpa diundang. Diharap anda bersikap lebih terbuka dengan penerimaan email ini. Bukan niat untuk mengganggu ketenteraman awam tetapi menjentik sedikit minda anda berkenaan dengan pengurusan kewangan.

Teruskan bacaan anda, email ini tidak sama dgn email2 iklan yang banyak anda terima setiap hari. Kandungan email ini adalah tulin, asli dan nyata. Tanpa membuang masa anda, saya lontarkan satu soalan apakah anda mempunyai hutang? Tidak kira apa jua jenis hutang, kredit kad, hutang rumah, hutang kereta, hutang peribadi dan macam-macam lagi.

Sekiranya jawapan anda YA, sy lontarkan soalan seterusnya; Apakah anda tahu untuk membayar hutang2 ini. Bayaran cara biasa bukan jawapannya, sebenarnya ada cara yang kreatif dimana anda membayar/ menyelesaikan hutang dan pada masa yang sama anda menyimpan! Begitu juga, anda boleh berbelanja dan pada masa yang sama menyimpan!

Ini bukan satu helah, tetapi satu yang nyata. Semuanya hasil kreativiti En Aziz Ibrahim CFP, seorang perancang kewangan bertauliah dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Untuk memberi peluang kepada rakan2 semua, satu bengkel pengurusan kewangan - Revolusi Kewangan akan diadakan seperti berikut:

TARIKH: 29 APRIL 2007
MASA: 2.00 - 7.00 PTG
TEMPAT: UNISEL SHAH ALAM
YURAN: RM80 SEORANG

Sedikit maklumat berkenaan dengan Revolusi Kewangan:

Teknik revolusi kewangan membolehkan anda berbelanja tapi wang anda tidak terjejas, menyelesaikan hutang lebih cepat dengan cara yg lebih bijak, menyimpan lebih daripada 40% pendapatan bulanan anda, memilik kereta mewah dan juga memiliki rumah mewah. Betul dengan teknik ini bank akan membayar semua ini, wang anda akan disimpan dan digandakan.. Anda tidak perlu menjual, NO downline..

Minta maaf, ini bukan insurans atau MLM.. Revolusi kewangan tiada produk, ia adalah proses pembelajaran teknik kreatif pengurusan kewangan dengan menggunakan pakej kewangan terbaik di pasaran.

TIADA risiko, tidak sama dengan Swisscash, ABFund dan macam2 lagi jenis pelaburan.

Sila smskan email anda untuk mendapatkan pamphlet program.

Ikhlas,
Faisal & Aniz
0192603033

Wednesday, April 18, 2007

Kadar Faedah - Yg mana pilhan anda?

Pada asasnya kadar tetap dikira berdasarkan jumlah tahunan dan faedah tetap yg dikenakan. Sbg contoh, pembelian kereta RM50000 yg dikenakan faedah 5% serta bayaran balik utk 9 tahun, jumlah keseluruhan hutang dikira sebanyak RM50000 x 5% x 9 tahun + RM50000. Jumlah keseluruhan adalah RM77500 dan bayaran bulanan sebanyak RM672. Jumlah faedah yg dibayar berjumlah RM22,500 atau 45% dpd jumlah pinjaman.

Kadar tahunan dikira berdasarkan kpd baki keseluruhan setiap tahun pada akhir kiraan buku. Contohnya, pinjaman RM50000 dgn faedah 5% dan byrn bulanan RM672, jumlah bulanan yg perlu kita bayar adalah sebanyak 7 tahun 8 bulan atau jumlah keselurhan sebanyak RM61414 ataupun jumlah faedah sebnayak RM11414 bersamaan dgn 22.8% dpd jumlah pinjaman.

Sungguhpun contoh di atas menunjukkan faedah yg dikenakan pada kadar tahunan adalah lebih baik dpd kadar tetap, yg sebenarnya kadar bulanan adalah lebih baik dpd kadar tahunan manakala kadar harian tentunya lebih bagus dpd kadar bulanan malahan kadar harian merupakan kadar faedah yg terbaik buat kita dlm apa jua bentuk pinjaman yg diambil.

Kadar bulanan dikira berpandu kpd hutang keseluruhan pd akhir setiap bulan. Contohnya, hutang RM50000 dgn faedah 5% dan byrn bulanan RM672, hutang kita dpt diselesaikan dlm tempoh 7 tahun 4 bulan atau jumlah keseluruhan sebanyak RM59136. Sejumlah RM9136 adalah untuk faedah atau 18.2% dpd keseluruhan pinjaman.

Kadar harian pula banyak digunakan menerusi pinjaman Overdraft. Faedah dikira berdasarkan kepada baki harian keseluruhan pinjaman. Kadar ini menguntungkan kerana apabila kita mempunyai wang kita boleh buat pembayaran dan mengurangkan jumlah faedah yg dikenakan.

Perbezaan ketara antara kadar bulanan dan kadar harian adalah pembahagi yg digunakan. Utk kadar bulanan adalah 12 manakala kadar harian ialah 365.

Jika dikira secara kasar hutang RM50000, perbezaan faedah kadar bulanan sebanyak RM50000 x 5% x 1/12= RM208.33 berbanding kadar harian berjumlah RM50000 x 5% x 30/365=RM205.48. Penjimatan sebanyak RM2.85 dapat dilakukakn dgn menggunakan faedah kadar harian. ~ sumber: LEBUHRAYA BARU KEBEBASAN KEWANGAN oleh AZIZ IBRAHIM CFP



Yg mana pilihan anda?

Sunday, April 15, 2007

LEBUHRAYA BARU KEBEBASAN KEWANGAN




SInopsis

Perancangan kewangan adalah suatu ilmu yang bernilai dan terpenting dalam kehidupan seharian selain mempersiapkan diri menempuh zaman persaraan. Kebiasaannya di Malaysia, kita dimaklumkan mengenai pembiayaan korporat tetapi tidak dengan pembiayaan individu. Mungkin kebanyakan kita tahu mengenai pembiayaan peribadi tatapi kita masih kurang arif mengenai kewangan perseorangan. Perancangan kewangan sebenarnya aalah satu bentuk personal corporate finance yang meliputi segala bentuk kewangan yang melibatkan individu. Huraian buku ini akan menjelaskan mengenai tujuh aspek utama dalam perancangan kewangan.

Dapatkan buku ini dengan harga RM15. Buku dijual pada hari bengkel di Shah Alam pada 29 April 2007.

Friday, April 13, 2007

Aziz Ibrahim CFP di RTM 1

Saksikan kemunculan En Aziz Ibrahim CFP di RTM 1 pada hari Sabtu, 14 April 2007 jam 8.30 pagi.

Jangan ketinggalan untuk melihat dan mendengar apa yang akan dikongsikan berkaitan dengan Pengurusan Kewangan.

Ingin jumpa LIVE dengan En Aziz? Jom daftar untuk bengkel akan datang di Shah Alam pada 29 April 2007 di UNISEL Shah Alam, jam 2.00 - 7.00 petang. Yuran hanya RM80 seorang.

Sahkan tempat anda segera, jumpa di sana!!!

Wednesday, April 11, 2007

SELANGKAH DEMI SELANGKAH KE ARAH AMALAN PERANCANGAN KEWANGAN YANG BAIK – Petikan daripada http://www.bankinginfo.com.my/

Perancangan kewangan adalah penting, walau banyak mana sekalipun pendapatan kita. Rahsianya ialah mengetahui di mana anda sekarang, hendak ke manakah anda pada masa hadapan dan bagaimana untuk sampai ke sana.

Anda boleh menambah nilai wang anda jika anda dapat mempelajari bagaimana untuk menguruskannya secara berhati-hati, seperti:
• Mengetahui apa hendak dibuat dengan wang anda
• Mengetahui ke mana perginya wang anda
• Mengenal pasti tabiat anda berbelanja
• Membentuk satu rancangan perbelanjaan yang cermat
• Berbelanja secara berhemat dan mengikut kemampuan anda
• Menyimpan wang sedikit demi sedikit untuk masa depan anda

Pandangan semua ahli keluarga khususnya anak-anak, hendaklah diambil kira semasa membuat keputusan berhubung dengan perancangan kewangan anda. Ini akan menjadikan anda lebih akur dengan rancangan perbelanjaan anda dan juga membantuanak-anak membentuk kemahiran dalam hal perancangan kewangan pada peringkat umur yang masih muda lagi.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil dalam merancang kewangan anda:

Langkah 1 - Menentukan Matlamat Kewangan Anda

Menentukan matlamat kewangan dapat membantu orang ramai baik yang muda mahupun yang dewasa untuk mempelajari nilai wang. Matlamat kewangan mencerminkan apa yang anda hendak lakukan dengan wang anda dalam satu jangka masa tertentu. Penentuan matlamat akan mendorong anda berbelanja dan menyimpan wang mengikut kaedah yang akan membolehkan matlamat anda tercapai.

Setiap keluarga menentukan matlamat dan merancang hal kewangan mereka berasaskan kepada penilaian masing-masing. Walau apa pun jua penilaian mereka sekeluarga, rancangan kewangan mereka adalah merupakan suatu ekspresi tentang apa yang paling penting bagi mereka. Umumnya matlamat-matlamat ini meliputi:
• Membeli rumah
• Membeli kereta
• Berkahwin
• Pelajaran anak-anak
• Percutian
• Persaraan
• Perbelanjaan perubatan

Penentuan beberapa siri matlamat peribadi akan membantu anda untuk mengurus wang anda dengan berhemat. Matlamat anda boleh berubah dari semasa ke semasa, namun ia mampu memberi dorongan dan insentif kepada anda agar terus membuat perancangan kewangan.

Anda harus merancang untuk:
• Matlamat Jangka Pendek
Perkara yang boleh dilakukan dalam tempoh yang terdekat. Mungkin dalam tempoh seminggu atau beberapa bulan, tetapi tidak melebihi setahun seperti membeli pakaian baru atau menyimpan wang untuk percutian.

• Matlamat Jangka Sederhana
Perkara yang boleh dibuat dalam tempoh satu hingga lima tahun seperti membeli sebuah kereta atau sebuah komputer.

• Matlamat Jangka Panjang
Perkara-perkara yang diharapkan boleh dicapai tetapi mengambil masa yang lebih lama lagi misalnya dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun, seperti membeli rumah, menyimpan wang untuk pendidikan anak-anak di peringkat yang lebih tinggi.

Peruntukan wang simpanan ke arah matlamat-matlamat ini bergantung kepada beberapa faktor yang seterusnya akan menentukan pilihan pelaburan anda.

Oleh itu, adalah penting matlamat-matlamat ini disenaraikan mengikut keutamaan. Amaun yang diketepikan untuk memenuhi matlamat ini berbeza daripada satu individu kepada individu yang lain dan faktor-faktor yang diambil kira adalah termasuk faktor usia, tahap pendapatan, perbelanjaan, jumlah tanggungan, status pekerjaan dan taraf perkahwinan.

Langkah 2 - Menjejaki Ke Mana Perginya Wang Anda

Setelah anda menentukan matlamat anda, anda mungkin berasa mustahil untuk mencapainya, lebih-lebih lagi jika anda mendapati tiada lagi yang tinggal apabila tiba cukup bulan. Sekiranya anda membuat perancangan untuk berbelanja dengan lebih baik, matlamat anda akan menjadi mudah tercapai berbanding apa yang anda jangkakan. Walau bagaimanapun, sebelum anda membentuk rancangan perbelanjaan, anda perlu menjejaki dahulu ke manakah perginya wang anda. Ini boleh dilakukan dengan merekod setiap perbelanjaan yang dibuat bagi sesuatu tempoh contohnya lapan minggu. Ini bukan bertujuan menyekat perbelanjaan anda tetapi mengenal pasti hala tuju perbelanjaan anda.

Dengan ini, anda akan mengetahui:
• Ke mana dan bagaimana anda membelanjakan wang anda
• Berapa banyakkah anda berhutang setiap bulan
• Berapa banyakkah yang masih tinggal pada akhir bulan

Langkah 3 - Menilai Cara Anda Berbelanja

Jika anda mendapati bahawa anda tidak mempunyai apa-apa baki pada akhir bulan, barangkali anda perlu menilai cara anda berbelanja. Anda perlu meneliti senarai perbelanjaan anda untuk memastikan sama ada kesemuanya adalah benar-benar perlu atau merupakan perbelanjaan yang anda boleh kurangkan atau tiadakan. Berikut adalah tip-tip bagaimana anda boleh menjadikan perbelanjaan anda lebih menjimatkan:
• Semak senarai barangan isi rumah yang anda beli untuk meneliti sama ada jenamanya boleh ditukar ke jenama yang lebih murah (seperti kertas tisu tandas, serbuk pencuci, cairan pembersih dan sebagainya)
• Semak senarai keperluan barang-barang dapur anda untuk mengenal pasti barangan yang "elok ada" tetapi sebenarnya tidak diperlukan

Anda juga sepatutnya mengenal pasti isyarat amaran mengenai tabiat anda berbelanja yang tidak sihat yang boleh membawa kepada masalah kewangan:
• Menggunakan wang simpanan untuk membayar bil semasa
• Melengahkan pembayaran bil-bil yang selalunya dibayar sebelum tarikh tamat
• Membuat pinjaman baru untuk melunaskan pinjaman lama
• Menangguhkan pembayaran balik pinjaman anda
• Memilih untuk membayar secara ansuran apabila membeli barangan harian untuk isi rumah
• Pembayaran melebihi pendapatan pada akhir bulan
• Membeli mengikut gerak hati walaupun anda tahu bahawa anda tidak mampu membelinya

Bagi membantu menyemai sifat-sifat berdisiplin di dalam cara anda berbelanja, anda perlu merangka rancangan perbelanjaan anda dan akur kepadanya.

Langkah 4 - Menulis Rancangan Perbelanjaan Anda

Dengan mencatatkan aliran wang masuk dan wang keluar, anda dapat menghalakan tumpuan ke bahagian di mana perbelanjaan sudah menjadi tidak terkawal dan juga bagi memberi ruang kepada anda untuk menyimpan pula. Sekiranya pendapatan anda melebihi perbelanjaan, anda akan dapat mengetepikan wang untuk rancangan simpanan demi mencapai matlamat kewangan anda.

Di bawah ini adalah panduan bagaimana untuk merangka satu rancangan perbelanjaan bertulis:
i. Tentukan berapakah pendapatan bulanan anda
ii. Campurkan semua jumlah perbelanjaan termasuk bil bulanan tetap, bayaran balik pinjaman, sewaan, perbelanjaan keperluan harian dan sebagainya
iii. Ketepikan sejumlah wang yang tetap yang mencukupi untuk membiayai keperluan di waktu kecemasan atau belanja bermusim (seperti yuran sekolah, cukai jalan, pembaharuan insurans dan sebagainya)
Sekiranya terdapat lebihan setelah menolak perbelanjaan anda maka semakin hampirlah anda ke matlamat anda.

Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula pola perbelanjaan anda dan mengurangkan mana-mana perbelanjaan yang tidak perlu.

Jangan menyifatkan rancangan perbelanjaan anda sebagai batasan yang mengikis keseronokan dalam hidup anda. Belanjawan yang mencapai matlamatnya sebenarnya dapat membebaskan dana dan membantu anda mencapai peningkatan matlamat kebebasan kewangan buat masa sekarang dan pada masa akan datang.