Monday, January 29, 2007

Frequently Asked Questions (FAQ)

1.Apakah yang ditawarkan oleh Aziz Ibrahim CFP?

Aziz Ibrahim CFP menawarkan perkhidmatan penasihat kewangan dan pelaburan menggunakan pakej kewangan terbaik di pasaran yang bersesuaian dengan keadaan kewangan individu seseorang.

2. Apakah Bengkel Revolusi Kewangan?


Bengkel ini menyediakan pengetahuan asas mengenai teknik merancang kewangan dan pelupusan hutang sebelum pengisian data maklumat peribadi (personal fact finder) dan pelan perancangan kewangan khusus disediakan untuk setiap pelanggan.

3. Bagaimanakah untuk menyertai Bengkel?


Sila lakukan pendaftaran untuk menyertai bengkel. Cara pendaftaran ada seperti di maklumat bengkel. Yuran penyertaan bengkel hanya RM80 seorang sahaja.

4. Bila & di mana bengkel akan datang akan diadakan?

Bengkel akan datang ialah pada hari Ahad, 11 Feb. 2007 di Dewan Kuliah 1, UNISEL, Seksyen 7, Shah Alam

5. Apakah yang akan terjadi selepas penyertaan Bengkel dan pengisian data maklumat peribadi?

Pihak Aziz Ibrahim CFP akan menetapkan temujanji untuk konsultasi setiap pelanggan bagi perbincangan dan perlaksanaan pelan perancangan kewangan.

6. Siapakah yang akan melaksanakan pelan tersebut?

Perlaksanaan pelan adalah dibawah tanggungjawab pelanggan itu sendiri. Aziz Ibrahim CFP hanya akan memantau dan menasihat perkembangan pelanggan.

Setiap pelanggan dipertanggungjawabkan bagi memastikan perlaksanaan tercapai dan mengikut pelan perancangan kewangan.

7. Apakah produk kewangan yang digunakan oleh Aziz Ibrahim CFP?

Aziz Ibrahim CFP tidak mempunyai sebarang produk kewangan. Bagaimanapun Aziz Ibrahim CFP akan mengesyorkan produk-produk kewangan yang difikirkannya sebagai yang terbaik di pasaran. Pengesyoran ini adalah hak mutlak Aziz Ibrahim CFP dan tiada sebarang prejudis ke atas sebarang produk kewangan yang terdapat di pasaran baik di Malaysia maupun di luar Malaysia.

Saturday, January 20, 2007

Masalah Hutang Boleh di atasi dengan Perancangan Kewangan - Aziz Ibrahim

Masalah tanggungan hutang dan kegagalan mengurus kredit dengan baik sebenarnya bukan hanya dihadapi oleh penjawat awam bahkan juga kepada tidak kurang daripada 1.72 juta orang melayu yang telah dewasa dan pencari pendapatan yang aktif di Malaysia. Kakitangan awam amat bernasib baik kerana jaminan pendapatan tetap dan majikan iaitu kerajaan yang tentunya teguh sudah pasti memudahkan mereka mendapat pinjaman dari semua arah. Tidak semua rakyat Malaysia khususnya orang melayu memperolehi kemudahan ini. Kerana wujudnya kemudahan sedemikian rupa, ada di antara penjawat awam ini yang telah menyalahgunakan bukti pendapatan mereka itu untuk memperolehi wang pinjaman. Tetapi perkara sedemikian tidak dapat dielakkan dalam sesetengah perkara. Tuntutan keperluan semasa, kenaikan harga barangan, tanggungan hutang, kecemasan, pendidikan anak-anak dan lain-lain lagi telah memaksa mereka mengambil jalan mudah dengan meminjam seboleh-bolehnya tanpa mengira akibatnya.

Persoalannya di sini adalah apakah terdapat jalan penyelesaiannya? Jawapannya sudah tentu ada. Terdapat dua cara mengatasi masalah ini. Satu adalah menerusi penyelesaian mikro manakala cara lainnya adalah berbentuk makro iaitu dengan kerjasama kerajaan. Bagaimanapun pada kali ini penyelesaian secara mikro iaitu penglibatan individu-individu yang di dalam kategori ”masalah” sahaja yang akan diketengahkan. Sekiranya terdapat minat untuk mencari penyelesaian makro, perkara ini boleh diterangkan dengan lebih lanjut lagi. Bagaimanakah penyelesaian mikro atau berkaitan individu ini? Jawapannya adalah menerusi kreativiti dan inovasi perancangan kewangan. Apakah itu perancangan kewangan? Perancangan Kewangan adalah satu proses di mana seseorang individu merancang masa hadapan dalam memenuhi matlamat peribadi dan kewangan melalui pembangunan dan perlaksanaan perancangan kewangan yang menyeluruh. Secara ringkasnya ia adalah ”personal corporate finance”. Ia merupakan suatu ilmu dan industri yang terpenting dalam kehidupan.

Rakyat Malaysia pada dasarnya masih tidak diberi pendedahan secukupnya mengenai perkara ini. Benar, separuh daripada manusia terkaya di dunia adalah perancang kewangan. Nama-nama seperti Warren Buffet (pemilik AIG Group) orang kedua terkaya di dunia dan keluarga Waltons (asasnya pemilik Wal-Mart)di mana 4 orang ahli kelurganya adalah antara 10 terkaya di dunia pada amnya adalah perancang kewangan yang boleh dijadikan contoh. Tujuh aspek utama dalam perancangan kewangan adalah meliputi aliran tunai, perbankan, hartanah, saham/ekuiti, insurans, cukai dan peninggalan harta (estate planning).

Asas perancangan kewangan adalah simpanan. Dengan adanya simpanan, seseorang itu boleh membentuk “platform” dengan mudah. Bagaimanapun tidak semua orang mempunyai tabiat menyimpan yang baik. Oleh itu cara alternatif yang boleh digunakan adalah dengan meminjam. Dengan kecairan yang tinggi dan kadar faedah yang rendah sekarang ini, bank adalah opsyen yang mudah dan murah bagi membentuk “platform” atau dengan kata lain, modal, bagi memulakan langkah merancang kewangan. Penubuhan platfom (modal) merupakan tunggak kepada perancangan kewangan yang menyeluruh.

Bagaimanapun, untuk menubuhkan sebuah platfom yang baik menerusi meminjam (leveraging) seseorang itu perlu mengetahui beberapa prinsip asas pengurusan kredit. Pada dasarnya platform boleh dibentuk daripada 3 sumber pendapatan, samada menerusi simpanan sendiri (tunai), pemberian (pinjaman) keluarga dan cara kebiasaan yang ramai menggunakannya yakni menerusi pinjaman daripada institusi kewangan. Manakala melalui pinjaman ini pula, individu boleh memperolehinya menerusi 3 cara juga iaitu, pinjaman peribadi, overdraf (tanpa cagaran) dan pinjaman tetap(kebiasaannya pinjaman perumahan).

Bagi individu yang ingin membina paltfom melalui cara meminjam (leveraging) ini, mereka harus memahami pengiraan kadar faedah. Sesebuah pinjaman itu terbahagi kepada 2 yang merangkumi pokok (prinsipal) dan faedah (interest). Pokok harus dibayar, tiada cara lain. Tetapi faedah boleh dielak sekiranya kita mengetahui cara pengiraannya. Terdapat 4 jenis pengiraan faedah iaitu, kadar tetap(flat rate), kebiasaannya untuk pembelian kereta atau pinjaman peribadi, kadar tahunan (yearly rests), kadar ini digunakan untuk sesetengah pembelian konsumer, kadar bulanan (monthly rests) untuk pembelian rumah(pinjaman perumahan kerajaan dan swasta) dan kadar harian (daily rests) yang digunakan untuk kemudahan overdraf dan sesetengah pinjaman perumahan swasta. Kadar faedah yang menguntungkan kita adalah kadar harian (daily rests). Ini adalah kiranya kadar sebenar (effective rate) untuk pengiraan kadar harian adalah yang paling murah.

Bagaimanpun sebelum seseorang itu meminjam persoalan pertama yang harus dijawab adalah bagaimana hendak membayarnya? Menerusi kreativiti perancangan kewangan, modal menerusi pinjaman untuk pembentukan platfom terlebih dahulu dilaburkan ke dalam alat pelaburan yang memberi pulangan serta boleh disandarkan untuk mendapatkan kemudahan overdraf. Dengan cara ini, pulangan menerusi pelaburan dengan hanya pulangan (anggaran) 8% setahun dikompaunkan untuk 8 tahun, cukup untuk membayar pinjaman tanpa perlu membayarnya. Kemudahan Overdraf boleh digunakan sebagai platfom.

Setelah pembentukan platfom (modal) ini, seseorang itu boleh melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:-

Menyelesai/mengurangkan hutang
Untuk memenuhi keperluan tuntutan semasa.
Penyediaan tabungan kecemasan
Keperluan pendidikan anak-anak.
Melawan kenaikan harga/inflasi.
Penyediaan menghadapi persaraan.

Adalah salah jika anda diberitahu bahawa berhutang itu bagus. Hidup akan lebih bermakna dan mudah jika kita tiada bebanan hutang. Bagaimanapun masalahnya adalah mampukah kita membayar pembelian kita seperti membeli kereta, rumah dan lain-lain perbelanjaan yang mahal dengan tunai? Perancangan kewangan yang berjaya akan membolehkan kita melabur dan merancang tanggungan hutang kita dengan sempurna. Hasilnya nanti akan membolehkan kita membentuk kekayaan.

Bagaimanapun ramai antara kita gagal mengumpul kekayaan disebabkan oleh masalah hutang. Dalam budaya meminjam khususnya di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia ini, jika boleh mereka tidak mahu meminjam, jika meminjam pula mereka tak mahu bayar. Ini merupakan satu sikap yang salah. Sepatutnya kita harus mempunyai sikap, jika perlu berhutang, hutang harus diselesaikan dengan segera. Kegagalan memenuhi faktor ini dan mengurus hutang dengan baik telah menyebabkan ramai orang tersungkur sebelum sempat memulakan langkah pertama membina kekayaan. Kebebasan kewangan pada asasnya adalah bebas daripada hutang.

Thursday, January 11, 2007

BENGKEL REVOLUSI KEWANGAN!!!!!

Ingin tidur yg lena? Kehidupan yang sejahtera? Tanpa dibelenggu hutang yang menyesakkan dada…
Usah berlengah lagi.. Beri ruang, beri peluang! Anda mampu mengubah impian anda menjadi realiti.. Kami telah melaluinya, anda bila lagi???

Maklumat Bengkel

Tarikh : 25 Mac 2007 (Ahad)
Masa : 2.00 – 6.30 petang
Tempat : Dewan Kuliah 1 UNISEL, Seksyen 7, Shah Alam

• Yuran Penyertaan sebanyak RM80 sahaja

Cara Pendaftaran – Apa yg perlu anda lakukan
1. Pembayaran yuran RM80 secara tunai atau bank-in ke akaun MOHD FAISAL MD NOR di salah satu bank berikut:
• Maybank : 114 301 458 064
• CIMB : 142 0000 745 8051

2. Emelkan maklumat anda (NAMA/ ALAMAT/ EMEL/ NO. HP/ TEL) beserta bukti pembayaran ke mn.faisal@gmail.com atau sms ke 019 260 3033

3. TEMPAT TERHAD - DAFTAR & BAYAR SEGERA

4. SMS kan email anda kpd 019 260 3033 utk dptkan pamphlet program revolusi kewangan!!

Wednesday, January 10, 2007

SIAPA AZIZ IBRAHIM - Republished


Atas permintaan ramai, saya publishkan sekali lagi artikel ini SIAPA AZIZ IBRAHIM CFP bersama dengan gambarnya sekali.

BENGKEL REVOLUSI KEWANGAN DI SHAH ALAM - AHAD, 11 FEB. 2007, 2.00 - 6.30 PTG - SAHKAN KEHADIRAN ANDA DGN PEMBAYARAN YURAN RM80 SAHAJA SEGERA!!! - TEMPAT TERHAD.


Aziz Ibrahim Certified Financial Planner (CFP) adalah seorang penasihat perancangan kewangan dan berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti. Mempunyai pengalaman lebih daripada 18 tahun dalam pelbagai bidang kewangan, korporat, kerajaan dan sebagai pengusaha. Beliau juga adalah seorang penceramah bebas dan sering muncul di kaca TV dalam TV1; Selamat Pagi Malaysia, TV2; Hello On Two dan TV3. Selain daripada itu, beliau juga pernah dijemput sebagai penceramah di seminar-seminar anjuran Suruhanjaya Sekuriti, FPAM, Maybank dan lain-lain lagi.


Beliau adalah satu-satunya perancang kewangan dan penasihat pelaburan Bumiputera yang bertauliah yang bukan hanya mengurus bahkan "mencipta" kekayaan menerusi innovasi dan aset sedia ada secara kreatif. Melalui penstrukturan semula kewangan dan menggunakan produk-produk kewangan untuk mencipta dan mengesyorkan program pengurusan tunai dan penyelesaian kepada permasalahan yang dibuat khusus untuk setiap pelangan mengikut kesesuian dan keperluan kewangan setiap pelanggannya.

TIGA PENDEKATAN STRATEGIK UNTUK MENCAPAI MATLAMATNYA :

1. "Kebahagian, kesihatan dan kesenangan hidup" sebagai sesuatu yang boleh dicapai oleh setiap pelanggan.
2. Perancang Kewangan dan Penasihat Pelaburan yang benar-benar profesional dan tulus.
3. Penyebaran pengetahuan dalam perancangan kewangan dan pelaburan sebagai suatu amal jariah dan bukan hanya kepada yang mampu.

Kekuatan Aziz Ibrahim CFP adalah terletak pada kemampuannya memenuhi keperluan kewangan pelanggan pada masa kini yang membeli produk-produk kewangan sesuka hati dan terkeluar daripada keperluan pengguna dan ia tidak lagi efektif. Keupayaan Aziz Ibrahim CFP akan dilipatgandakan lagi dengan pelbagai perikatan strategik dengan lain-lain syarikat dalam industri kewangan.

Sunday, January 7, 2007

Tesimonial 1 - Zamri BMW

BMW dah depan mata....

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.Terlebih dahulu aku mintak maaf sebab bahasakan diri sebagai aku..sebelum nih,aku ebagai pemerhati je kat sini..suka baca..boleh dapat pengalaman dan ilmu yang dimuatkan disini..

hari ni, aku tergerak hati nak menaip pulak.. jadi aku taip jelah apa yang aku sendiri alami daripada ilmu baru yang aku perolehi hasil dari aku menyertai group ini.. itulah yang dikatakan ilmu..kite sentiasa tidak pernah habis bile dikaitkan dengan ilmu..bahkan tuntutan agama pun ada mengatakan tuntut lah ilmu sehingga kenegara china..aku bukannya arif sangat tentang agama nih..tersalah kang..susah jugak ..baik aku tak perlu kaitkan dalam tulisan aku nih..

di sini aku nak kongsi skit pengalaman aku mengikuti pelan perancangan kewangan yang diusahakan oleh abg aziz.. bagi aku.. sebagai seorang insan..aku sentiasa inginkan sesuatu yang terbaik untuk keluarga aku.. dan sekarang nih..masalah aku banyak tertumpu kepada duit.. bukan lah duit semata-mata kita hidup.. tapi keadaan yang membuatkan kita perlu cari duit untuk tanggung keluarga supaya dapat kita berikan yang terbaik.. jadi untuk dapatkan duit, aku banyak buat keje part time selama ini.. ye lah..nak bagi yang terbaik kepada keluarga..kerja aku sekarang dan dari dulu lagi lepas aku graduate..memang dah cukup bagus dah..bagi setengah oranglah.. aku kerja sebagai seorang jurutera..dah hampir 10 tahun..bila cerite tentang gaji.nak kata besar.tak lah besar..nak kata kecik..tak lah kecik..bolehlah nak sara hidup aku ngan keluarga..tapi bila tanya pasal saving..susah skit lah..ada tu ada..tapi tak selalu..paling banyak pun aku buat saving RM500.. itu pun jarang-jarang..

cerita pasal hutang..aku tak banyak berhutang..cuma hutang2 yang biasa je lah.. hutang kereta..hutang rumah(rumah sewa)..lain-lain tu belanja isi rumah..aku nak pakai kad kredit pun aku takut..sebab kawan2 dah ramai yang terjerat dengan kad kredit.. so aku avoid guna kad kredit..semua aku belanja pakai cash...

tapi aku ada impian aku ..impian aku nak pakai kereta BMW..e46.. aku cukup minat dengan model ni..bukan aku tak mampu beli sebelum nih..cuma bila aku beli aku langsung tak boleh nak buat saving..so aku hold dulu beli BMW.. my dream car.. ye lah ..ramai orang kata kereta tu bukan kemestian..ianya satu keperluan jer..aku setuju.. tapi aku nak pakai juga kereta BMW ni kerana ia adalah impian aku.. tak kira lah macam mane pun.. aku tetap akan beli BMW..sebab ianya satu kepuasan bagi aku bile aku dapat pakai kereta BMW nih..

satu hari aku terbaca pasal iklan berkenaan bengkel pengurusan kewangan yang dikelolakan oleh Abg Aziz.. aku terus email utk join bengkel..so aku terus bayar.. bagi aku duit yang aku bayar untuk dapatkan ilmu tu..aku tak pernah rasa rugi atau menyesal.. janji aku dapat sesuatu ilmu yang bagi aku ..aku tak pernah mengeathui mengenainya sebelum ini.. alhamdulillah..aku berterima kasih kepada .abg aziz n kak lin.

sebelum ini aku tak pernah terfikir aku boleh buat saving sekiranya aku pakai kereta BMW..kereta idaman aku..tapi sekarang aku dah pakai kereta berkenaan..WOW..bagi orang macam aku nih..yang belum pernah bawa sendiri kereta BMW nih.. memang superb..that's why they called it "Ultimate Driving Machine .. UDM" ..memang superb..

aku di sini bukan nak cerita pasal BMW aku nih..aku nak cerita pasal saving..nih semua idea dan kepakaran abg aziz n kak lin yang membolehkan aku dapatbuat saving sebanyak RM950 untuk bulan pertama nih..dan aku dah bank in duitberkenaan kat akaun ASB wife aku..

aku happy..wife aku pun happy..aku sekeluarga happy..terima kasih kepada abg aziz n kak lin..

di sini aku tak nak lobi kepada sesiapa..aku cuma kongsi pengalaman aku dengan bengkel pengurusan yang diusahakan oleh abg aziz n the gang..itu sahaja..di harap kepada semua dapat memahami usaha yang dibuat oleh abg aziz n the gang.. dan kepada semua, semoga tabah dantenang menghadapi pelan anda semua..

aku dah tak sabar nak tunggu next plan abg aziz..tapi life aku sekarang dah tenang..aku dah tak sibuk lagi nak buat part time untuk memenuhi keperluan danimpian keluarga aku.. aku dah disiapkan dengan pelan aku tersendiri olah abg aziz. aku just follow jer..ingatlah semua..abg aziz hanya menyediakan pelan nyer sahaja.selebihnya bergantung kepada peserta yang hendak usahakan..kalau ada apa-apa lagi nanti..aku tulis lagi kat sini

Thursday, January 4, 2007

SIAPA DAN KENAPA

SIAPA SAYA?
Mungkin pengunjung ke blog ini tertanya-tanya, siapa sebenarnya saya. Sekiranya pengunjung adalah kenalan saya pasti kenal saya, tapi sekiranya anda baru dan ingin berkenalan dengan saya pastinya tertanya siapa saya.

Jadinya saya perlu untuk kenalkan diri, bak kata orang tak kenal maka tak cinta - begitu juga saya dan Revolusi Kewangan tak kenal camana plak nak join bengkel, betul tak? Nama saya MOHD FAISAL MD NOR, simple je orangnya, nampak pendiam tapi peramah, nampak pemalu tapi ceria, nampak pasif tapi aktif semua ni tersimpan dalam badan yang sedikit kecil atau mungkin jugak sederhana tapi jiwa besar. Itu serba sedikit pasal saya.

Semenjak dari kecil lagi saya mempunyai banyak cita-cita atau angan-angan. Macam-macam ada, nak banyak duit, nak beli ini nak beli itu nak jadi camtu nak jadi camni. Pastinya semua cita-cita atau angan-angan saya berkisar dengan duit, maknanya ada duit boleh jadi-boleh dapat. Takde duit boleh jalan, jadilah macam mat jenin, simpanlah jadi angan2 kosong, mana tahu tetiba terjadi plak kenyataan.. alhamdulillah. Jadinya banyak keinginan saya dari dulu hanya impian yang sukar untuk dijadikan realiti, kenapa? Kerana faktor utama nak jadikan ianya realiti adalah duit.

Secara kesimpulannya, duit mampu utk merealisasikan tidak semua tapi banyak impian saya. Duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya memerlukan duit. Faham tak? Atas kesedaran ini, saya banyak belajar, melalui bacaan, attend program dan macam-macam lagi - semuanya cara untuk membuat duit. Daripada itu saya buat kesimpulan sendiri, untuk mendapat duit ni kena menjual, tak kiralah menjual produk ke servis ke dan macam-macam lagi.

KENAPA REVOLUSI KEWANGAN
Dipendekkan cerita, dalam proses tersebut saya diketemukan dengan Program yang diperkenalkan oleh En Aziz ni. Tapi saya cukup yakin, pertemuan ini ada hikmah dan petunjuk daripada Allah kerana apa? Saya masih ingat setiap kali saya bayar fee untuk join sesuatu program, saya mesti niat "Ya Allah aku memohon pada Mu, moga-moga duit ini akan kembali padaku". Alhamdulillah, memang program Revolusi Kewangan ini mengembalikan semua duit saya yang telah dibelanjakan dan lebih menarik lagi saya dapat lebih banyak lagi. Kenapa saya kata macam tu, kerana duit saving isteri banyak dibelanjakan untuk bayar fee program saya dan isteri sertai. Sebagai menebus kembali banyak simpanan isteri yang telah digunakan, saya telah bayarkan yuran pengajian master isteri untuk semester ini sebanyak RM1100.

Itu baru satu, banyak lagi pembayaran yang telah saya lakukan, saya juga telah menghadiahkan RM1000 pada ibu sebagai penghargaan dan terima kasih atas doa ibu. Pinjaman dengan Abah mertua (semasa renovate rumah) saya jelaskan RM10000 TUNAI dan bayaran bulanan RM500 tanpa tempoh - bukan apa saja tak kira berapa dah bayar, ingin ambil kesempatan buat kebajikan dengan ibu bapa sementara ada umur mereka, beli perabot untuk Abah RM1500 - ganti perabot lama yang teruk diconteng oleh dua anak saya dan RM1500 untuk saya tukar handphone. Peruntukan HP ini sebenarnya saya mintak RM3000 tapi tidak diluluskan oleh En Aziz. Alhamdulillah, En Aziz mengingatkan saya supaya bersederhana dalam berbelanja. Peruntukan ini sya tak tukar pun HP sebaliknya saya belanja isteri dan anak-anak dan belanja lah diri sendiri bukan sikit-sikit tapi banyak jugak. Satu lagi yang telah saya lakukan ialah settlekan hutang credit card.. saya dah takder hutang credit card, tapi yang bestnya credit card akan tetap digunakan. Saya dalam proses untuk covert credit Citibank biasa ke Citibank Ready Cash.. Kenapa? Nanti saya citer lagi..

Jadinya kalu kita rujuk semula SIAPA PATUT HADIR BENGKEL REVOLUSI KEWANGAN, saya punya ada dalam list bawah ni:
• Mereka yang inginkan kebebasan kewangan (bebas dari hutang)
Mereka yang berhutang dan tidak tahu cara terbaik bayar hutang
• Mereka yang bakal mendirikan rumahtangga & menghadapi masalah budget utk melangsungkan perkahwinan
Mereka yang suka berbelanja tanpa menjejaskan simpanan
• Mereka yang ingin menggandakan simpanan
• Mereka yg dikenakan CCRIS atau CTOS
• Mereka yang ingin hidup senang (tanpa perlu berniaga)
• Mereka yg mempunyai wawasan dan ingin mengetahui teknik pengurusan kewangan yg efektif dan kreatif

Pasti semua tertanya camne boleh belanja camtu eh? Nantikan pula cerita mcm mana Revolusi Kewangan mampu merealisasikan impian anda.. tunggu ye! Apa lagi DAFTAR DAN SAHKAN penyertaan anda dalam Bengkel Revolusi Kewangan Siri 1/2007 - Pertama kali di Shah Alam.. pada 11 Feb. 2007..

Financial Planning - Aziz Ibrahim CFP

In many parts of the world, the role of the financial planner has become significant, and many people have, just like they have an accountant and a lawyer, a financial planner. .

The financial planner is responsible for guiding and advising a client on how to achieve both short and long-term financial goals and security. He/She assist in helping to understand day-to-day and long-term financials needs and how to go about planning and providing for those needs.

Financial planning is quickly becoming a field of study in its own right, with high amounts of research and knowledge being produced each year.

What is Financial planning

Broadly speaking, Financial planning, in the modern sense has a client’s financial needs at its core. Financial planning is an integrated process whereby people are associated with their:

  • Cash Flow Planning

  • Retirement Planning

  • Contingency Planning

  • Investment Planning

  • Tax Planning

Most individuals {others than those who can rely on an inexhaustible supply of funds} need to plan. Effective financial will:

  • Help fight against inflation

  • Ensure they have adequate income, whey they need it

  • Provide a roadmap of their objective

  • Improve their present, as their future lifestyle

  • Give them “peace of mind” in regard to their financial situation

There are a number of key elements or factors to be kept in mind in relation to the concept of financial planning. These are :

It is a process

This is not simply a product. It is the result of listening, consultation and interactive financial calculations.

It is comprehensive.

All aspects of a client’s needs and requirements need to be fully explained and explored.

Seeks maximum utility.

Utility is the economist’s term for usefulness. This factor basically means that the financial plan has to aim to produce concrete and tangible results that provide customer satisfaction.

Recognition of the individual.

There probably should be no two financial plans that are same as no two investors are the same. All of us have different investment objective, different risk appetite etc.

Acknowledges the seasons of life.

A financial plan is not a static instrument and needs to be updated on a regular basis.

Insurance

When you’re young, single, and relatively carefree, insurance probably isn’t something you think much about. But if you find yourself with a spouse, a mortgage, and possibly a child or two, insurance may become a critical part of your financial picture. Knowledge is the key, however, to figuring it all out and providing adequate coverage.

At its most basic level, insurance protects your family after you’re gone. You typically pay regular premiums for the life of the policy. If you die, the insurance company pays your beneficiary the policy’s stated death benefit. One of the most unpleasant terms in insurance parlance is “death benefit,” but that’s exactly what it’s designed to provide. Some types of insurance also provide a savings component, called the policy’s cash value.

There are different types of insurance available, and each can serve a valuable purpose in planning for your family’s future.

How Can I Protect My Home?

Homeowners need protection against liability (in case someone is injured on their property) and theft of or damage to their property.

These are the five most common forms of homeowners insurance:

  • Basic……………

  • Broad…………..

  • Special…………

  • Tenants………..

*Condominium and co-operative apartments

There are some basic questions you need to answer in deciding on a homeowner’s policy that is right for you.

How much is enough? How much would it cost to rebuild your home if it were leveled? Typically, if you are insured for 80 percent or more of the cost of rebuilding, your carrier will pay the total cost of any repair, up to the limit of your coverage. If not, only a proportionate percentage of the cost of repairs will be paid. Because of this drawback, you should consider buying guaranteed replacement, a feature that ensures almost full reimbursement for repair costs.

Do you need a guaranteed replacement provision? A guaranteed replacement provision places responsibility for valuation of your home on the shoulders of your insurance company. Your insurance company will conduct this appraisal, make sure your coverage is adequate, and automatically upgrade your policy as the value of your property increases.

Your premium rises automatically along with this increase.

A standard policy may cover your home contents for half the dollar limit you carry on the house. Unless you buy replacement-value coverage, you will only be reimbursed for the depreciated value of your furniture and belongings with new or equal-quality items at current market prices. However, unless specified, your policy may not cover work required to bring the property current with existing building codes.

Do you have any additional valuables you need to protect? For an additional cost, you can add “floaters.” They are designed to cover specific valuables such as jewelry, silverware, furs, a valuable collection, or the contents of your safe-deposit box, up to a certain amount. Additional coverage may also be desired, such as flood or earthquake insurance, if you live in a high-risk zone.

Home is where the heart is. Be sure your home and its contents are adequately insured.

Insurance and Mortgage Plan Scheme

Mortgage Plan Scheme (MPS) provides an integrated insurance coverage for its customers. The insurance is in a form of life insurance or MRTA. The cost of this insurance is integrated into a loan and customer’s installment will also include a payment for insurance premium. The insurance is provided directly from MPS lender.