Monday, January 29, 2007

Frequently Asked Questions (FAQ)

1.Apakah yang ditawarkan oleh Aziz Ibrahim CFP?

Aziz Ibrahim CFP menawarkan perkhidmatan penasihat kewangan dan pelaburan menggunakan pakej kewangan terbaik di pasaran yang bersesuaian dengan keadaan kewangan individu seseorang.

2. Apakah Bengkel Revolusi Kewangan?


Bengkel ini menyediakan pengetahuan asas mengenai teknik merancang kewangan dan pelupusan hutang sebelum pengisian data maklumat peribadi (personal fact finder) dan pelan perancangan kewangan khusus disediakan untuk setiap pelanggan.

3. Bagaimanakah untuk menyertai Bengkel?


Sila lakukan pendaftaran untuk menyertai bengkel. Cara pendaftaran ada seperti di maklumat bengkel. Yuran penyertaan bengkel hanya RM80 seorang sahaja.

4. Bila & di mana bengkel akan datang akan diadakan?

Bengkel akan datang ialah pada hari Ahad, 11 Feb. 2007 di Dewan Kuliah 1, UNISEL, Seksyen 7, Shah Alam

5. Apakah yang akan terjadi selepas penyertaan Bengkel dan pengisian data maklumat peribadi?

Pihak Aziz Ibrahim CFP akan menetapkan temujanji untuk konsultasi setiap pelanggan bagi perbincangan dan perlaksanaan pelan perancangan kewangan.

6. Siapakah yang akan melaksanakan pelan tersebut?

Perlaksanaan pelan adalah dibawah tanggungjawab pelanggan itu sendiri. Aziz Ibrahim CFP hanya akan memantau dan menasihat perkembangan pelanggan.

Setiap pelanggan dipertanggungjawabkan bagi memastikan perlaksanaan tercapai dan mengikut pelan perancangan kewangan.

7. Apakah produk kewangan yang digunakan oleh Aziz Ibrahim CFP?

Aziz Ibrahim CFP tidak mempunyai sebarang produk kewangan. Bagaimanapun Aziz Ibrahim CFP akan mengesyorkan produk-produk kewangan yang difikirkannya sebagai yang terbaik di pasaran. Pengesyoran ini adalah hak mutlak Aziz Ibrahim CFP dan tiada sebarang prejudis ke atas sebarang produk kewangan yang terdapat di pasaran baik di Malaysia maupun di luar Malaysia.

No comments: