Sunday, January 7, 2007

Tesimonial 1 - Zamri BMW

BMW dah depan mata....

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.Terlebih dahulu aku mintak maaf sebab bahasakan diri sebagai aku..sebelum nih,aku ebagai pemerhati je kat sini..suka baca..boleh dapat pengalaman dan ilmu yang dimuatkan disini..

hari ni, aku tergerak hati nak menaip pulak.. jadi aku taip jelah apa yang aku sendiri alami daripada ilmu baru yang aku perolehi hasil dari aku menyertai group ini.. itulah yang dikatakan ilmu..kite sentiasa tidak pernah habis bile dikaitkan dengan ilmu..bahkan tuntutan agama pun ada mengatakan tuntut lah ilmu sehingga kenegara china..aku bukannya arif sangat tentang agama nih..tersalah kang..susah jugak ..baik aku tak perlu kaitkan dalam tulisan aku nih..

di sini aku nak kongsi skit pengalaman aku mengikuti pelan perancangan kewangan yang diusahakan oleh abg aziz.. bagi aku.. sebagai seorang insan..aku sentiasa inginkan sesuatu yang terbaik untuk keluarga aku.. dan sekarang nih..masalah aku banyak tertumpu kepada duit.. bukan lah duit semata-mata kita hidup.. tapi keadaan yang membuatkan kita perlu cari duit untuk tanggung keluarga supaya dapat kita berikan yang terbaik.. jadi untuk dapatkan duit, aku banyak buat keje part time selama ini.. ye lah..nak bagi yang terbaik kepada keluarga..kerja aku sekarang dan dari dulu lagi lepas aku graduate..memang dah cukup bagus dah..bagi setengah oranglah.. aku kerja sebagai seorang jurutera..dah hampir 10 tahun..bila cerite tentang gaji.nak kata besar.tak lah besar..nak kata kecik..tak lah kecik..bolehlah nak sara hidup aku ngan keluarga..tapi bila tanya pasal saving..susah skit lah..ada tu ada..tapi tak selalu..paling banyak pun aku buat saving RM500.. itu pun jarang-jarang..

cerita pasal hutang..aku tak banyak berhutang..cuma hutang2 yang biasa je lah.. hutang kereta..hutang rumah(rumah sewa)..lain-lain tu belanja isi rumah..aku nak pakai kad kredit pun aku takut..sebab kawan2 dah ramai yang terjerat dengan kad kredit.. so aku avoid guna kad kredit..semua aku belanja pakai cash...

tapi aku ada impian aku ..impian aku nak pakai kereta BMW..e46.. aku cukup minat dengan model ni..bukan aku tak mampu beli sebelum nih..cuma bila aku beli aku langsung tak boleh nak buat saving..so aku hold dulu beli BMW.. my dream car.. ye lah ..ramai orang kata kereta tu bukan kemestian..ianya satu keperluan jer..aku setuju.. tapi aku nak pakai juga kereta BMW ni kerana ia adalah impian aku.. tak kira lah macam mane pun.. aku tetap akan beli BMW..sebab ianya satu kepuasan bagi aku bile aku dapat pakai kereta BMW nih..

satu hari aku terbaca pasal iklan berkenaan bengkel pengurusan kewangan yang dikelolakan oleh Abg Aziz.. aku terus email utk join bengkel..so aku terus bayar.. bagi aku duit yang aku bayar untuk dapatkan ilmu tu..aku tak pernah rasa rugi atau menyesal.. janji aku dapat sesuatu ilmu yang bagi aku ..aku tak pernah mengeathui mengenainya sebelum ini.. alhamdulillah..aku berterima kasih kepada .abg aziz n kak lin.

sebelum ini aku tak pernah terfikir aku boleh buat saving sekiranya aku pakai kereta BMW..kereta idaman aku..tapi sekarang aku dah pakai kereta berkenaan..WOW..bagi orang macam aku nih..yang belum pernah bawa sendiri kereta BMW nih.. memang superb..that's why they called it "Ultimate Driving Machine .. UDM" ..memang superb..

aku di sini bukan nak cerita pasal BMW aku nih..aku nak cerita pasal saving..nih semua idea dan kepakaran abg aziz n kak lin yang membolehkan aku dapatbuat saving sebanyak RM950 untuk bulan pertama nih..dan aku dah bank in duitberkenaan kat akaun ASB wife aku..

aku happy..wife aku pun happy..aku sekeluarga happy..terima kasih kepada abg aziz n kak lin..

di sini aku tak nak lobi kepada sesiapa..aku cuma kongsi pengalaman aku dengan bengkel pengurusan yang diusahakan oleh abg aziz n the gang..itu sahaja..di harap kepada semua dapat memahami usaha yang dibuat oleh abg aziz n the gang.. dan kepada semua, semoga tabah dantenang menghadapi pelan anda semua..

aku dah tak sabar nak tunggu next plan abg aziz..tapi life aku sekarang dah tenang..aku dah tak sibuk lagi nak buat part time untuk memenuhi keperluan danimpian keluarga aku.. aku dah disiapkan dengan pelan aku tersendiri olah abg aziz. aku just follow jer..ingatlah semua..abg aziz hanya menyediakan pelan nyer sahaja.selebihnya bergantung kepada peserta yang hendak usahakan..kalau ada apa-apa lagi nanti..aku tulis lagi kat sini

No comments: