Wednesday, January 10, 2007

SIAPA AZIZ IBRAHIM - Republished


Atas permintaan ramai, saya publishkan sekali lagi artikel ini SIAPA AZIZ IBRAHIM CFP bersama dengan gambarnya sekali.

BENGKEL REVOLUSI KEWANGAN DI SHAH ALAM - AHAD, 11 FEB. 2007, 2.00 - 6.30 PTG - SAHKAN KEHADIRAN ANDA DGN PEMBAYARAN YURAN RM80 SAHAJA SEGERA!!! - TEMPAT TERHAD.


Aziz Ibrahim Certified Financial Planner (CFP) adalah seorang penasihat perancangan kewangan dan berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti. Mempunyai pengalaman lebih daripada 18 tahun dalam pelbagai bidang kewangan, korporat, kerajaan dan sebagai pengusaha. Beliau juga adalah seorang penceramah bebas dan sering muncul di kaca TV dalam TV1; Selamat Pagi Malaysia, TV2; Hello On Two dan TV3. Selain daripada itu, beliau juga pernah dijemput sebagai penceramah di seminar-seminar anjuran Suruhanjaya Sekuriti, FPAM, Maybank dan lain-lain lagi.


Beliau adalah satu-satunya perancang kewangan dan penasihat pelaburan Bumiputera yang bertauliah yang bukan hanya mengurus bahkan "mencipta" kekayaan menerusi innovasi dan aset sedia ada secara kreatif. Melalui penstrukturan semula kewangan dan menggunakan produk-produk kewangan untuk mencipta dan mengesyorkan program pengurusan tunai dan penyelesaian kepada permasalahan yang dibuat khusus untuk setiap pelangan mengikut kesesuian dan keperluan kewangan setiap pelanggannya.

TIGA PENDEKATAN STRATEGIK UNTUK MENCAPAI MATLAMATNYA :

1. "Kebahagian, kesihatan dan kesenangan hidup" sebagai sesuatu yang boleh dicapai oleh setiap pelanggan.
2. Perancang Kewangan dan Penasihat Pelaburan yang benar-benar profesional dan tulus.
3. Penyebaran pengetahuan dalam perancangan kewangan dan pelaburan sebagai suatu amal jariah dan bukan hanya kepada yang mampu.

Kekuatan Aziz Ibrahim CFP adalah terletak pada kemampuannya memenuhi keperluan kewangan pelanggan pada masa kini yang membeli produk-produk kewangan sesuka hati dan terkeluar daripada keperluan pengguna dan ia tidak lagi efektif. Keupayaan Aziz Ibrahim CFP akan dilipatgandakan lagi dengan pelbagai perikatan strategik dengan lain-lain syarikat dalam industri kewangan.

No comments: